Monday, August 31, 2009

BML 6123 Kemahiran Berfikir dan Berkomunikasi

PENGENALAN

Sabtu: 8.00 - 11.00 pagi
Tempat: Tadahan Selatan (7B)

Ringkasan Kursus

Kursus ini terdiri aripada dua bahagian. Bahagian pertama, kemahiran komunikasi mengajarkan teori dan teknik komunikasi interpersonal yang berguna untuk guru. Ini mencakupi membuat persepsi kendiri, menyampaikan maklumat dan mempengaruhi orang. Bahagian kedua adalah kemahiran berfikir. Tekanan diberi kepada penguasaan CoRT 1, lojik dan falasi, dan berfikir secara saintifik.

Objektif Kursus

1. Mengetahui teori dan teknik komunikasi interpersonal dan berupaya mengaplikasikannya. (C5, LL2)

2. Menggunakan ICT dalam memperkaya pengetahuan dan kemahiran berfikir dan berkomunikasi; (P6, LL2)

3. Mempamerkan sikap, nilai dan etika dalam berfikir dan berkomunikasi dan sentiasa mencari peluang mempertingkatkan kemajuan diri secara kolaboratif; (A3, EM1)

4. Mengintegrasikan konsep, teori dan pengalaman lepas dalam berfikir dan berkomunikasi untuk memperbaiki diri dan amalan pengajaran di sekolah. Pelajar dapat mengaplikasikan teknik komunikasi interpersonal dan mengamalkannya sebagai guru. (C5, TS3)

5. Pelajar dapat mengetahui konsep berfikir sebagai aktiviti mental: berfikir secara abstrak dan konseptual, berfikir secara kreatif, kritis, lojikal, hipotetikal dan saintifik. Menggunakan berfikir bagi menyelesaikan masalah dll (P6, CT3, TS3)

6. Membudayakan bahasa Melayu tinggi. Memperbaiki kaedah dan bahan mengajar bahasa Melayu. (A5, CS3)

Tajuk besar kuliah

1. Memberi definisi dan deskripsi berfikir, gaya berfikir, teknik berfikir. Falsafah dan pendekatan mengajar berfikir. Rintangan berfikir.

2. Alat-alat berfikir CoRT sullabus 1, 6 topi berfikir.

3. Peranan persepsi, maklumat kepada berfikir, berfikir secara logikal dan persepsi. Silogisme dan lojik, dan jenis-jenis falasi.

4. Berfikir secara abstrak dan lojikal. Berfikir secara saintifik. Berfikir secara saintifik. Menyelesaikan masalah. Mencipta inovasi.

5. Komunikasi secara umum dan komunikasi interpersonal.

6. Bahasa positif dan koperatif dan negatif.

7. Teknik mempengaruhi, teori mempengaruhi, teknik bercerita, teknik mendorong, dll.

Penilaian

1. Tugasan: 60% (dua esei dan persembahan)

2. Peperiksaan: 40% (Jawab 3 soalan dalam masa 3 jam)
Rujukan Utama

1. Ainon Mohd. & Abdullah Hassan, 2006, Belajar Berfikir, Kuala Lumpur: PTS

2. Gary R. Kirby & J. R. Goodpastor, 1999, Thinking, 2nd Edition, New Jersey: Prentice Hall

3. Abdullah Hassan, 2005, Kemahiran Komunikasi Interpersonal Untuk Guru, Kuala Lumpur: PTS

4. Astrid S Susanto, 1987. Komunikasi: Teori dan Praktis 1 dan 2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

No comments: