Monday, August 31, 2009

Kuliah 1: Kemahiran Berfikir dan Berkomunikasi

Latihan Berfikir: Peristiwa Yang Diperhatikan oleh Din Teksi



Fasa berfikir

Ada dua fasa berfikir, iaitu:

1. Fasa pertama: membuat PERSEPSI
2. Fasa kedua: menggunakan LOGIK

Kita sering silap persepsi, bukan logik

Paradigma

Cara kita membuat persepsi
Persepsi terdiri daripada himpunan andaian
Andaian ialah sesuatu yang kita percaya benar tetapi tidak semestinya benar
Maklumat dan ilmu menajamkan persepsi

Berfikir secara kreatif

Menghasilkan yang belum ada
Mencuba cara baru
Mencari penyelesaian baru
Melihat cara baru

Latihan Berfikir

1. Apa yang kamu boleh buat dengan tayar buruk?
2. Apabila durian terlalu banyak harganya murah. Apa yang kamu boleh buat?

Berfikir secara analisis

Pecahkan kepada bahagian kecil
Kenalpasti bahagian utama
Kenalpasti persamaan dan perbezaan
Kenalpasti hubungan di antara bahagian
Kenalpasti sebab akibat
Kenalpasti punca masalah
Digemari oleh eksekutif, tetapi tidak memadai

Latihan Berfikir

Jelaskan kenapa perempuan suka baju berwarna-warni?
Berikut ialah ciri-ciri objek, senaraikan lima objek berciri demikian:
kecil, tajam, besi
panjang, berwarna, kayu
berekor, tanpa kaki, bertelur

Berfikir secara logikal

Bukan untuk mencipta
Memaksa kita memilih antara YA atau TIDAK; BETUL atau SALAH
Dipacu oleh kata “SEBAB”
Betul atau salah didasarkan kepada logik yang berlandaskan fakta
Menggunakan berfikir secara analisis, kritis, informatif, objektif dan sistematis
Apa yang logikal tidak semestinya betul

Latihan berfikir

Banyak wang menyeronokkan. Oleh itu lebih banyak wang, lebih menyeronokkan.
Agama adalah baik. Oleh itu orang beragama adalah baik-baik belaka.

Berfikir secara kritis

Ini cara berfikir yang reaktif. Perlu ada sesuatu baru ia boleh digunakan
Tidak mengahsilkan idea baru, hanya memperbaiki idea lama
Berdasarkan cara berfikir BARAT, didasarkan kepada logik SALAH dan BETUL
Mencari kesalahan, kekurangan,kecacatan, dan kelemahan.
Mencari apa yang tidak konsisten, bercanggah, dan berlainan
Penting tetapi tidak mencukupi

Latihan Berfikir

Buat senarai kelemahan teman wanita atau lelaki anda.
Apakah kelemahan dasar penswastaan Malaysia?
Berfikir secara hipotetikal
Bermula dengan ‘jikalau’
Memberi penjelasan
Membuat ramalan, misalnya: Jikalau engkau rajin, engkau akan berjaya.

Latihan Berfikir

Ramai orang menyertai skim cepat kaya. Apa hipotesis anda?

Sebelum tahun 90 ramai isteri diceraikan oleh suami. Selepas tahun 90 ramai suami diceraikan oleh isteri. Buat hipotesis.

Logik Yunani

Menggunakan hujahan berpola dikenali sebagai silogism
Berfikir dengan menggunakan kesimpulan sebagai landasan
Diperkenalkan oleh Aristotle
Dua jenis hujahan
Deduktif: umum kepada khusus
Induktif: khusus kepada umum

Logik deduktif

Mencari kereta ekonomis

Semua kereta Proton jimat memakan minyak.
Waja adalah sebuah kereta Proton.
Oleh itu, Waja jimat makan minyak.

Logik induktif

Menguji langsat manis.

Langsat ini manis.
Buah dalam bakul ini langsat.
Oleh itu, langsat dalam bakul ini manis.

Lojik artifisial

FormalBelajar di sekolah
Kaplan dan penyelidikan di Algeria

No comments: