Sunday, August 10, 2008

Kuliah 5 (26 Julai 2008) TEKNIK MENDENGAR

KEMAHIRAN MENDENGAR

KEMAHIRAN BERBAHASA
Mendengar
Bertutur
Membaca
Menulis Kemahiran

Menerima Komunikasi (Membaca, Bertutur)
Kemahiran Menyampai Komunikasi (Membaca, Menulis)

KANDUNGAN KULIAH
Kemahiran dalam berkomunikasi
Kemahiran mendengar
Halangan mendengar
Kemahiran bertanya
Jenis pertanyaan
Strategi bertanya
Etika komunikasi

Komunikasi
Bacaan Interpersonal (bab 2 dan 3 The Interpersonal Comunication (bab 4 dan 5)

Effective Listening
Apakah itu Mendengar?
Asas mendengar - dengan telinga
Deria lain – mata, mulut, hati

Kaedah Mendengar
Berikan seluruh tumpuan kepada apa yang dikatakan
Pandang dan tenung rakan/pelajar/klien yang sedang dilawan berkomunikasi
Ketahui tema/perkara utama yang sedang diperkatakan.
Dengar dengan teliti ayat atau konsep penting yang diperkatakan.
Jangan sekadar mendengar!

Mendengar Secara Aktif
Persekitaran mesej (yang hendak disampaikan)
maklum balas (sama ada si penerima menerima mesej anda)

Langkah-langkah yang perlu bagi mendengar secara aktif
Apabila kita didatangi oleh seseorang,
lebih sopan kita berhenti daripada melakukan sesuatu ketika itu.

Jangan mencerap secara aktif kecuali jika anda sanggup meluangkan masa kerana ia mengambil masa yang panjang.
Jangan kemukakan sebarang idea atau nasihat kita kepadanya kecuali dipinta.
Beri tumpuan kepadanya dan jangan kaitkan apa saja yang sedang dialaminya itu dengan pengalaman kita.

Aktiviti Mendengar Dengar, Terima Faham Ingat Menilai Membalas

Dengar Beri tumpuan kepada kata-kata yang didengar
Perhatikan bahasa badan penutur
Dengar apa yang diucapkan dan apa yang tidak diucapkan
Tumpukan kepada penutur
Jangan mencelah
Abaikan sebarang gangguan yang ada (telefon, bermain dengan pensil, dll)

Faham
Kaitkan apa yang dikatakan dengan apa yang kita sudah tahu
Faham apa kata penutur itu dari sudut pandangannya, bukan pandangan kita
Tunggu sampai dia selesai bercakap, baru buat penilaian

Minta lebih banyak penerangan dan maklumat
Ulang apa kata penutur itu tetapi gunakan kata-kata kita sendiri
Ingat Kenal pasti perkara-perkara penting yang diperkatakan
Ringkaskan apa yang diucapkannya
Ulang nama-nama dan perkara-perkara yang penting pada diri kita

Menilai
Jangan menilai sebelum orang itu selesai bercakap
Bersangka baik Minta penjelasan lanjut jikalau kita tidak bersetuju
Bezakan antara fakta, pendapat peribadi atau andaian
Kenal pasti kalau ada prasangka, kepentingan diri dan sikap berat sebelah, menyebabkan orang itu berkata begitu

Membalas
Tunjukkan sikap mendokong, gunakan perkataan kata seperti: ya, iya, hm, hm …
Bahasa badan seperti: mengangguk-angguk, memandang penutur
Bersikap jujur: sama ada bersetuju, tidak bersetuju

Gunakan ayat-ayat "saya."
"Saya rasa cara kedua lebih mahal daripada cara pertama."
" Saya fikir kita perlukan cara-cara lain yang lebih murah."

Halangan mendengar
Tidak memberi perhatian (bercakap di telefon)
Kerana mahu berhujah atau bertelagah (Aku hendak kata …)
Memilih, tidak berminat mendengar semua (Aku hendak denar skandal dia … )
Memikirkan hal lain (….)
Melakukan sesuatu (bermain pensil … )
Mencelah perbualan (

Mendengar dengan empati
Meletakkan diri kita dalam keadaan penutur
Dengarlah dengan memahami makna-makna yang tersirat
Tunjukkan kita mendengar apa yang diucapkan dan memahaminya
Memberi respons dengan berempati
Memberi nasihat yang diperlukan.

Membuat penilaian terhadap tindakan orang yang dicerap.
Menyatakan analisis kita tentang diri dan tindakan orang yang dicerap
Memberikan respons mendokong (menyangga = sangga "topang").
Lebihkan mendengar, kurangkan bercakap
Tumpukan kepada perkara-perkara yang menyentuh diri dan perasaan.
Biar dia luahkan dan fikirkan apa yang mahu diluahkan dan difikirkan.

Respons secara berempati
Jangan sibuk memberitahu dia apa yang kita fikir dia sepatutnya fikir, rasa atau buat:
Saya rasa elok kamu fikir nasib …,
Sia-sia saja kamu menangis …,
Elok kamu jangan berkawan dengan dia …,

Jelaskan apa yang orang itu katakan berkenaan apa yang dia fikir dan rasai:
Maksud awak, awak bersedia memberi dia peluang lagi …,
Mengapa awak fikir dia tidak akan mengubah tabiatnya?
Lebihkan perhatian pada apa yang orang itu rasai, bukan apa yang dimaksudkan:
Saya faham awak kecewa …,
Jangan sibuk memberitahu apa pandangan kita:
Pada saya, ini masalah kecil ...,
Awak tak perlu membesar-besarkan masalah begini ...

Jangan tunjukkan sikap neutral atau objektif:
Awak mesti terima kenyataan dia ada hak untuk memilih ...,
Awak tak boleh paksa dia …,
Saya tak boleh masuk campur ..,
Ini urusan awak…,
Awak terlalu menurut perasaan...,
Awak mesti berfikir dengan rasional.

Kemahiran bertanya
Wujudkan iklim positif
Dapat mencapai tujuan
Biar pelajar memberi maklum balas
Dapat meningkatkan kefahaman
Membolehkan pemikiran menjadi jelas
Meningkatkan saling persefahaman Jenis pertanyaan atau soalan

Terbuka Tertutup (ya, tidak)
Memperjelas Mengembangkan idea
Memerlukan tindak balas
Membuat andaian Menguji, mempercayai

Ciri-Ciri Iklim
Iklim positif dan negatif diakibatkan oleh komunikator.
Menghormati: gunakan sistem panggilan dan bentuk sapaan, perkataan hormat dan sopan. Memberi kepercayaan kepada apa yang dikatakan.
Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada apa yang dikatakan atau dilakukan.

Kaedah Mendengar Dan Memberi Respons Yang Sesuai
Memberi respons secara aktif
Memberi respons berempati
Langkah-langkah yang perlu bagi mencerap secara aktif
Memberi Respons Secara Aktif
Kurangkan bercakap
Pastikan tiada gangguan luar
Elakkan daripada membuat sebarang penilaian awal

Kenalpasti idea atau perkara utama yang dikemukakan oleh yang dicerap
Membuat pertanyaan
Soalan ikhlas boleh menjelaskan lagi maksud yang dicerap. "Awak kata dia baik hati?
Boleh tolong jelaskan?"
Mengkaji fikiran, perasaan.
Tanyakan soalan terbuka. "
Apa perasaanmu terhadap dirinya sekarang?"

Elakkan soalan yang memburukkan keadaan: "Adakah kamu berasa geram dengan perbuatannya itu?"

Menggalakkan penemuan (discoveries).
Dengan demikian kita boleh mencari penyelesaian masalah yang dihadapi.
Jangan beri nasihat jika tidak dipinta.
Galakkan orang yang dicerap membuat huraian yang lebih terperinci. "
Ceritalah kepada saya lagi mengenai perkara tersebut?"

Kumpulkan lebih banyak fakta.
Orang yang ditanya terasa dirinya penting dan dihargai.
Samalah seperti pelajar yang suka bertanya menyebabkan kita suka.

Elakkan soalan tidak ikhlas
Elakkan perlakuan merendahkan orang yang bercakap

Soalan tidak ikhlas
Soalan yang ikhlas jika disampaikan dengan cara yang tidak betul boleh menjadi soalan tidak ikhlas. Misalnya:

1. Menunjukkan mimik muka yang bercanggah dengan soalan yang ditanya
2. Soalan dengan nada suara yang bercanggah dengan situasi ketika itu
3. Bergurau tidak kena tempat

Soalan tidak ikhlas Soalan perangkap.
Adakalanya guru bertanyakan soalan-soalan yang memerangkap orang yang sedang dicerapnya (pelajar).
"Awak tak sukakan saya, betul tak?"
"Anak yang sulung berapa umurnya?
Bila kamu bercerai? (Perangkap mahu tahu sudah berkawin)

Soalan tidak ikhlas
Menyalahkan orang yang dicerap.
"Kamu menipu cikgu?
Kamu pinjamkan buku kamu kepada Rahim?

Agenda tersembunyi.
Orang yang dicerap serba salah memberikan jawapan: "
Besok kamu sibuk tak?
Kalau cikgu cakap sesuatu pada kamu, kamu marah tak?

Berdasarkan andaian tidak teliti, oleh itu orang yang dicerap tersinggung:
"Mengapa kamu tidak mendengar nasihat saya?
Memerlukan jawapan "betul".
Penanya tidak mahukan jawapan ikhlas.
"Abang, saya ni gemukkah?
Cantikkah baju saya ini?"

Langkah yang ikhlas

1. Membuat parafrasa, iaitu menyatakan semula dalam perkataan sendiri, mesej yang difikirkan ingin dinyatakan oleh orang yang dicerap: Contoh:
Murid: "Cikgu, saya mahu meminta maaf padanya tetapi saya malu."
Ckgu: "Kamu mahu meminta maaf tetapi malu padanya."

Cara memparafrasa yang lebih sesuai. Contohnya:
Murid: "Cikgu, saya mahu meminta maaf dengannya tetapi saya malu."
Cikgu: "Kau mahu berbaik semula dengannya.
Begitu?"

2. Memparafrasa dengan mengubah kata-kata orang yang dicerap.
Contoh:
Rahman: "Wanita yang mahukan taraf yang sama dengan lelaki adalah wanita yang tidak bercita-cita tinggi."
Julia: "Kau tak sukakan wanita yang sebegitu kerana mereka mengada-ngada. Betulkah?"

Memberi contoh mengenai apa yang dinyatakan oleh orang yang dicerap. Contoh: Wong: "Cikgu, saya tak sangka Lingam tu boleh buat perangai macam tu semalam. Guru: "Lawaknya melukakan perasaan kamu?"

4. Memberikan gambaran tentang tema kata-kata orang yang dicerap.
Contoh: "Awak asyik mengatakan kepada saya tugas awak masih belum selesai. "Adakah awak bimbang dimarahi oleh ketua awak?"

Respons Yang Tidak Bermakna Respons Kosong (Impervious response)
Respons Menganggu / Mencelah (Interrupting response)
Respons Tidak Relevan (Irrelevant response)
Respons Sekilas (Tangential response)
Respons Impersonal (Impersonal response)
Respons Bercelaru (Incoherent response)
Respons Bercanggah (Incongruous response)

1. Respons Kosong (Impervious response)
Respons yang tidak memberi sebarang petanda (muka kosong-tak bercakap langsung)
Tidak ada tanda verbal dan non-verbal (selamba saja)
Contoh: Aminah: "Saya suka ucapan awak tadi, menarik perhatian dan bernas".
Ali: (Tiada respons, verbal atau bukan verbal)

2. Respons Mengganggu,
Mencelah (Interrupting response)
Anda memotong atau mencelah percakapan komunikator sebelum ia selesai bercakap.
Contoh:
Aminah: "Saya ada satu berita yang menarik ……"
Ali : "Oh, pasal pasaran saham tu, indeks komposit turun lah….."

3. Respons Tidak Relevan (Irrelevant response)
Anda berusaha mengalihkan tajuk perbicaraan tanpa ada hubungan sama sekali dengan apa yang didengar.
Contoh:
Aminah: "Ketika kapal terbang kami mula mendarat tadi, tiba-tiba kami mendengar satu letupan dari bahagian belakang kapal terbang itu. Mujur juga kami selamat sekarang" Ali: "Tak kiralah sama ada kereta itu besar atau kecil, awak nak naik dengan saya kan……"

4. Respons Sekilas (Tangential response)
Anda memberi respons pada pernyataan yang didengar, tetapi dengan segera mengalih perbicaraan (hampir sama dengan respons tidak relevan)
Contoh:
Aminah: "Saya berpendapat kita harus melaksanakan program itu demi kebaikan mahasiswa di UPSI ini."
Ali: "Saya setuju, pendapat itu baik, tapi, eh malam tadi cerita Lone Ranger kena tembaklah!".

5. Respons Impersonal (Impersonal response)
Anda memberi komen dengan menggunakan kata ganti orang ketiga. Contoh:
Aminah: "Awak suka tak dengan dia?"
Ali : "Orang tak sukalah".

6. Respons Bercelaru (Incoherent response)
Anda berbicara dengan kalimat-kalimat yang tidak tersusun dan tidak lengkap.
Contoh:
Aminah: "Saya tidak suka pelajar lelaki kat sini, berlagak"
Ali : "Iyalah… kadang-kadang tu…. er… memang mereka berlagak tapi dia orang baik juga sebab dia orang suka bantu perempuan, temberang… dan kalau… er, awak tak suka mereka kenapa.

Itulah pasal…… lelaki memang macam tu…. tapi …susah lah nak cakap sebab saya lelaki juga…. maaf le ye…."

7. Respons Bercanggah (Incongruous response)
Anda menyampaikan respons lisan yang bertentangan dengan respons bukan lisan Contoh:

Aminah: "Maafkan aku Lie…."
Ali : "Hah, itulah awak.

Dasar perempuan (marah tapi suara mendatar)
Asyik tahu minta maaf…. besok buat lagi.
Huh kalau kau buat lagi…. Aku…. Oklah……."
Bhasa tidak hormat

Kualiti Komunikasi (Quality of communication)
Kuantiti yang mencukupi (Sufficient quantity - cramming information is overdoing)
Tingkatkan kepercayaan – makar, maklumat salah Membesar-besarkan (Exaggerating)

Mempersenda (Ridiculing, jest)
Berdusta (Lying)
Tidak berminat (Disinterested)
Daya pengungkapan (Expressiveness)

Mencapai objektif komunikasi (Achieve communication objectives - explains certain concept ..) Memberi fikiran dan perasaan (Explain thought and feeling… )
Memenuhi keperluan psikologi (Satisfies psychological need (e.g. self-esteem .. )
Etika komunikasi (Communication ethics)
Benar (Honesty - with care) Bahasa menuduh (Not accusing - You ….)
Wujudkan minat dan nilai bersama (Common interests and values (As far as I am concerned…) Gambaran yang Tepat (Accurate representation)
Dusta, tipu (Lying, cheating ..) Mengumpat (Badmouthing, etc.)
Tidak mengganggu (Not disturbing, stirring coffee)

Adab berakap dengan orang cacat
Cakap terus kepada orang itu, bukan teman atau penterjemahnya.
Kalau cacat tangan, hulurkan tangan kita dulu untuk bersalam dengannya.
Kalau cacat penglihatan, sebut nama kita dan orang ada bersama kita.
Sebut namanya supaya dia tahu kita bercakap dengannya.
Kalau menawarkan bantuan, tunggu sampai dia menjawab. Kalau dia setuju ditolong. Kalau dia sudah dewasa, jangan layan seperti budak - tepuk bahu atau sentuh dan tangannya. Panggil dia secara hormat seperti orang-orang lain, "encik," "tuan," dll. Jangan sentuh tongkat atau bersandar pada kerusi roda dia sebahagian daripada tubuh badan mereka.
Kalau cacat suara, seperti sengau, dengar dia bercakap dengan hati-hati. Jangan pura-pura faham. Ulang apa yang kita fikir dia maksudkan, supaya dia boleh mengesahkan. Jikalau cacat pendengaran, sentuh lengannya, atau gerak-gerakkan tangan kita supaya dia tahu kita hendak bercakap dengannya. Pandang tepat pada wajahnya. Cakap perlahan-lahan supaya dia boleh membaca pergerakan bibir kita.
Kalau tersasul dan lupa pada jenis kecacatannya, relaks dan buat biasa saja. "
Awak nampak tak ....?"
"Awak ada nampak si ....?"
"Takkan awak tak nampak ....?"

Ada kalanya kepada orang cacat pendengaran kita tersasul berkata: "Awak dengar tak berita ....?" "Awak dah dengar lagu ....?" Apabila bercakap dengan orang pendek, atau yang duduk dalam kerusi roda, cuba samakan aras mata kita dengan matanya.

RUMUSAN
Mendengar - aktiviti komunikasi yang paling kurang di ambil perhatian
Mendengar terdiri daripada komponen-komponen iaitu memilih, memberi tumpuan atau melayan, memahami, mengingat dan memberi respons.

Terdapat berbagai jenis tabiat pendengar yang lemah dan boleh mengakibatkan berbagai masalah dalam penerimaan maklumat dan seterusnya hubungan yang tidak baik di antara individu.

Mendengar aktif memerlukan banyak pengorbanan masa, tenaga dan perasaan.

Ia memerlukan kemahiran dalam memberikan respons yang empatik seperti membuat pertanyaan ikhlas dan memparafrasa. Terdapat respons yang tidak memberi makna semasa kita berkomunikasi secara verbal.


Sila baca buku ini:

Joseph A,. DeVito. 2001. the Interpesonal Coimmunicatuion Book. New York: Longman



























































































































































No comments: